Tuesday 12 January 2010

URL Artikel 4 : PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN ISLAM

http://www.slideshare.net/norfariszam/penggunaan-teknologi-dalam-pendidikan-1335310

Sinopsis Ringkas Artikel
Dalam artikel ini disebutkan secara ringkas tentang panduan dan cadangan dari tiga penulis iaitu Fify Farisa, Norhayati dan Siti Zamriah untuk tatapan perhatian guru pendidikan Islam berhubung dengan corak pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan ICT sebagai Bahan Bantu Mengajar. Penulis juga telah membuat penerangan yang umum tentang peri pentingnya penggunaan ICT dalam proses P&P pada masa kini. Penulis juga telah membuat kesimpulan dengan menyatakan perkembangan ICT pada masa kini banyak memberi kemudahan kepada guru dan pelajar dalam meningkatkan proses P&P yang berkesan.

URL Artikel 3 : PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

http://www.slideshare.net/shahwiran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation

Sinopsis Ringkas Artikel

Artikel ini membawa tema tajuk dan kaedah-kaedah tertentu serta asas-asas yang diperlukan dalam melaksanakan prses P&P yang berintegrasikan ICT. Artikel ini banyak mengulangi artikel yang kedua namun terdapat beberapa item yang tertentu tidak dijelaskan dalam artikel 2 disebut di dalam artikel ini. Artikel ini turut menampilkan contoh melaksanakan P&P bagi mata pelajaran Sains dan berasaskan kemahiran ICT.

URL Artikel 2 : PANDUAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

http://www.slideshare.net/norhisham/teknologi-maklumat-untuk-pp

Sinopsis Ringkas Artikel

Artikel ini cuba membawa pembaca tentang beberapa perkara berkaitan dengan penggunaan ICT Dalam Proses P&P. Penulis artikel telah menjelaskan secara ringkas tentang pengenalan kepada ICT Dalam P&P dan juga manfaatnya kepada para guru dan pelajar. Seterusnya beliau telah menggariskan beberapa panduan tentang Penggunaan ICT Dalam P&P. Selanjutnya beliau secara terperinci menjelaskan tentang kategori ICT dalam konteks Pembelajaran iaitu sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Hasilnya setelah membaca artikel ini para pelajar dapat mengenal pasti tentang kepentingan ICT Dalam P&P dan seterusnya dapat menjadikannya sebagai panduan dalam merangkan P&P yang menggunakan ICT.

Monday 11 January 2010

URL Artikel 1 : ICT DALAM PENDIDIKAN

http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan/


Sinopsis Ringkas Artikel

Artikel ini telah menjelaskan beberapa maksud dan keterangan ringkas tentang apa yang dikatakan sebagai Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Antaranya dijelaskan tentang apakah yang dimaksudkan dengan ICT Dalam Pendidikan dan juga ICT Dalam P&P. Selain itu juga, artikel ini turut memuatkan garis dasar yang telah ditetapkan oleh KPM berkenaan dengan ICT. Artikel ini juga telah mengutarakan beberapa matlamat ICT dalam pendidikan dalam tempoh masa 10 tahun. Diharapkan agar para sahabat dapat mengambil manfaat dari artikel ini.

Assalamualaikum Dan Ahlan Wa Sahlan

Selamat Datang Ke Blog Saya
Semoga Mendapat Manfaat

1. URL Blog : mdaziz510.blogspot.com
2. Tajuk Blog : Kursus Diploma YIK
3. Nama dan no. matrik : Mohd Abdul Aziz Mohd Ghazali * 202239 *
4. E,mel : mdaziz510@gmail.com
5. No, telefon : 017-9229317
6. Tempat bertugas : Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha 17000 Pasir Mas, Kelantan.