Monday, 11 January 2010

URL Artikel 1 : ICT DALAM PENDIDIKAN

http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan/


Sinopsis Ringkas Artikel

Artikel ini telah menjelaskan beberapa maksud dan keterangan ringkas tentang apa yang dikatakan sebagai Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Antaranya dijelaskan tentang apakah yang dimaksudkan dengan ICT Dalam Pendidikan dan juga ICT Dalam P&P. Selain itu juga, artikel ini turut memuatkan garis dasar yang telah ditetapkan oleh KPM berkenaan dengan ICT. Artikel ini juga telah mengutarakan beberapa matlamat ICT dalam pendidikan dalam tempoh masa 10 tahun. Diharapkan agar para sahabat dapat mengambil manfaat dari artikel ini.

1 comment:

  1. Tiga dasar utama ICT dalam pendidikan. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

    ReplyDelete